Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali dimaklumkan meninggal dunia pada hari Jumaat akibat komplikasi penyakit parkinson yang ditanggungnya.
Menghidapi Parkinson
Juru cakap keluarga Ali, Bob Gunnell, secara rasmi mengumumkan pemergian petinju yang pernah menjadi ikon dunia pada 1960-1970-an ini. "Setelah 12 tahun berjuang mengatasi sindrom parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun," kata Gunnell.
Ali dikejarkan ke hospital di Phoenix, Arizona, kerana mengalami masalah pernafasan.
Muhammad Ali menjalani rawatan di hospital akibat gangguan pernafasan. Namun, sumber NBC mengatakan, keadaan Ali semakin nazak.
Mantan juara dunia tinju kelas berat itu dikejarkan ke hospital pada hari Khamis (2/6/2016) malam.
Pada Jumaat (3/6/2016), keluarga Ali, termasuk anak perempuannya yang juga petinju, Laila, telah berkumpul di hospital.
Bekas Juara Dunia
Muhammad Ali, nama asalnya Cassius Clay, dilahirkan di Kentucky pada 1942. Dia menjadi juara dunia pada 1964.Ali mengundurkan diri setelah terakhir kali bertarung pada 1981.
Terima kasih kerana membaca Muhammad Ali Meninggal Dunia.
0 Response to "Muhammad Ali Meninggal Dunia"
Catat Ulasan