Lazada Malaysia

Zamani Slam Berhasrat ke Umrah


Artis yang pernah popular satu ketika dahulu Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam,45, kembali mewarnai industri hiburan apabila diberi peluang kedua dan diterima baik masyarakat dan peminat setia setelah bersalah memiliki dan mengambil dadah tahun lalu.

Zamani memberitahu sebuah akhbar hasrat murninya itu dan berharap semua pihak mendoakan agar ianya menjadi kenyataan.

Berhasrat Menunaikan Umrah

Saya pun sudah berusia 45 tahun, masih belum dapat ke Makkah sama ada mengerjakan umrah atau ibadah haji. Sekiranya diizinkan Allah SWT saya bercadang untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini. Diharapkan semua pihak mendoakan agar ia jadi kenyataan,” katanya.
Menurut penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini, dia ingin membawa bersama kakak dan abangnya serta melaksanakan upah umrah untuk arwah kedua-dua orang tuanya.

€œ”Saya nak hargai mereka yang banyak bersusah payah untuk saya. Sekiranya ada rezeki lebih, saya juga berhajat nak buat upah umrah untuk arwah ibu dan bapa saya,” katanya.
Jelas Zamani, hasrat itu timbul selepas mendapat rawatan di Rumah Pengasih.

Ingin Mendirikan Rumah Tangga

Selain itu seperti lelaki-lelaki lain, Zamani turut berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga dan berharap peminat mendoakannya supaya cepat bertemu jodoh.
"Bohonglah kalau saya kata tidak teringin berkahwin. Cuma, calon isteri perlu menerima saya seadanya. Saya minta peminat mendoakan saya bertemu jodoh dan terus sukses dalam karier,” katanya


Terima kasih kerana membaca Zamani Slam Berhasrat ke Umrah.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "Zamani Slam Berhasrat ke Umrah"

Catat Ulasan