Lazada Malaysia

Apa itu Refurbished iPhone?

Refurbished iPhone
Gambar dari Buzzworthy

Sejak kebelakangan ini banyak kita dengar mengenai iPhone refurbished yang dijual di laman Facebook dan juga Instagram.Malah laman terkenal seperti Lazada juga terdapat banyak penjual iPhone refurbished.Namun ramai yang masih keliru apa itu iPhone refurbished.

Maksud iPhone Refurbished?


iPhone refurbished adalah iPhone terpakai yang dibaik pulih dan ditukar luarannya supaya kelihatan seperti baru.Biasanya ia adalah dari klaim warranty atau yang cacat semasa dikeluarkan.Bahagian yang rosak akan diganti dengan baru dan diuji sebelum dijual semula dengan harga yang lebih murah.

Refurbished iPhone

Kebiasaanya produk refurbished adalah dua generasi sebelum produk yang terbaru dipasaran.Contohnya produk Apple yang terbaru adalah iPhone 6s dan iPhone 6S Plus dan produk refurbished yang dikeluarkan adalah iPhone 5s.

Refurbished iPhone
Produk Refurbished Apple

Kotak produk refurbished biasanya berbeza dari produk baru yang dijual.Manakala aksesori seperti usb cable dan earphone diganti dengan yang baru.Diluar kotak pula terdapat tulisan Apple Certified Pre-Owned.Produk ini juga hadir dengan satu tahun jaminan dari syarikat Apple.


Jika dilihat produk refurbished Apple tidak memasuki pasaran Malaysia,kebanyakan produk refurbished yang dijual disini adalah dari syarikat pihak ketiga.Barang yang diganti tidak dapat dipastikan kesahihanya sama ada original dari Apple atau dari syarikat pihak ketiga.

Adakah ia original?


Namun begitu tidak bermakna produk yang dijual disini adalah clone kerana ia masih menggunakan perisian yang sama seperti asal bukan seperti iPhone clone yang tidak menggunakan sistem iOS.Cuma bahagian yang diganti dan aksesori yang diberi bukanlah yang original dari Apple.

Bagaimana dengan warranty?


Produk refurbished yang dijual disini juga diberi jaminan sama ada satu tahun atau beberapa bulan daripada kedai yang menjual bukannya dari syarikat Apple.

Kesimpulanya, pilihan ditangan ada sama ada ingin membeli iPhone baru , terpakai mahupun refurbished.


Terima kasih kerana membaca Apa itu Refurbished iPhone?.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "Apa itu Refurbished iPhone?"

Catat Ulasan