Lazada Malaysia

ZenFone 3 Hadir dengan 6GB RAM

Asus ZenFone 3



Pada Computex 2016, syarikat gergasi Asus telah memperkenalkan tiga 'smartphone' terbarunya iaitu ZenFone 3,ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Ultra.


ZenFone 3


Asus ZenFone 3 hadir dengan aluminium frame body dan 2.5D Corning Gorilla Glass di bahagian depan dan belakang.Paparan skrin 5.5-inci 1080p Super IPS+.

Ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 625 dan 4GB RAM.Malah terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakang.

ZenFone 3 juga menggunakan 16 megapixel kamera dengan ASUS TriTech autofocus yang menggabungkan generasi kedua laser autofocus,fasa pengesanan autofocus dan kontras pengesanan autofocus untuk mencapai fokus dalam 0.03 saat.


ZenFone 3 Deluxe

Zenfone 3 Deluxe pula adalah model flagship dengan body logam dan tiada garisan antena boleh dilihat.Ia berukuran sekitar 5.7-inci paparan Super AMOLED dan 4.2mm di bahagian tepi.

Model ini didatangkan dengan Qualcomm Snapdragon 820 dan 6GB RAM.Kamera belakang 23 megapixel Sony IMX318 dengan aperture F2.0, 4-paksi penstabilan imej optik dan video 4k dengan sistem autofocus TriTech yang sama seperti ZenFone 3.

ZenFone 3 Deluxe menggunakan Type-C USB dengan sokongan USB 3.0 dan Qualcomm Quick Charge 3.0.Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari di belakang dan sokongan Hi-Res Audio.


ZenFone 3 Ultra


Akhir sekali, terdapat ZenFone 3 Ultra.Ia mempunyai paparan 1080p 6.8-inci dan teknologi Tru2Life + Video yang menggunakan teknologi pemprosesan imej TV gred 4K UHD.

Di bahaguan belakang adalah sama 23 megapixel kamera dan menggunakan Qualcomm Snapdragon 652 dengan 4GB RAM.Malah ia juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian depan.

Harga bermula dari $249 untuk ZenFone 3, $499 untuk ZenFone 3 Deluxe dan $479 untuk ZenFone 3 Ultra.

Sumber


Terima kasih kerana membaca ZenFone 3 Hadir dengan 6GB RAM.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "ZenFone 3 Hadir dengan 6GB RAM"

Catat Ulasan