Lazada Malaysia

Xiaomi Redmi 3S Hadir Dengan Harga Berpatutan

Xiaomi Redmi 3S


Syarikat teknologi telefon pintar dari China, Xiaomi telah mengumumkan peranti terbarunya iaitu Xiaomi Redmi 3S. Ia hadir dengan harga berpatutan dan akan berada di pasaran pada bulan ini. 

Warna

Redmi 3S akan dikeluarkan dalam tiga warna iaitu Grey,Silver dan Gold. Ia menggunakan badan besi manakala bahagian atas dan bawah pula aluminium-imitating plastic untuk meningkatkan lagi penerimaan syarat rangkaian.

Paparan (Display)

Peranti dari Xiaomi ini menggunakan paparan IPS 5-inci 720 x 1280 dan mempunyai pengimbas jari di bahagian belakang di mana ia adalah fungsi yang biasa diterapkan untuk peranti yang lebih mahal.


Sistem Pemprosesan (Processor)

Sistem pemprosesan yang digunakan untuk model ini adalah Qualcomm Snapdragon 430 dengan 2GB RAM dan memori dalaman 16GB manakala untuk versi yang lebih mahal pula hadir dengan 3GB RAM dan 32GB memori dalaman. Ia juga hadir dengan dua slot kad sim dan slot untuk memori tambahan. Bateri yang digunakan pula adalah 4100mAh yang mampu bertahan lama untuk kegunaan seharian.

Kamera (Camera)

Dari segi kamera pula Redmi 3S menggunakan 13MP dan phase detection autofocus pada kamera belakang dan 5MP untuk kamera depan. Kedua-dua kamera dapat merakam video resolusi 1080p.

Harga yang diumukan untuk peranti ini adalah RM437 (699 yuan) untuk versi 16GB dan RM 562 (899 yuan) untuk versi 32GB. Namun tidak dapat dipastikan lagi bila Redmi 3S akan masuk dalam pasaran Malaysia. Dengan harga yang sedemikian mungkin dapat menarik minat pembeli untuk membeli peranti tersebut.

(Sumber)


Terima kasih kerana membaca Xiaomi Redmi 3S Hadir Dengan Harga Berpatutan.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "Xiaomi Redmi 3S Hadir Dengan Harga Berpatutan"

Catat Ulasan