Lazada Malaysia

Fungsi Baru WhatsApp 'Quote & Reply'


WhatsApp 'Quote & Reply:


Whatsapp

WhatsApp telah mengenalkan satu ciri baru untuk aplikasi mereka yang membolehkan pengguna memilih mesej tertentu dan membalasnya. Kemas kini telah dikesan untuk pengguna Android dan iOS.

Fungsi ini boleh digunakan untuk perbualan di dalam kumpulan atau perbualan persendirian. Ia sangat mudah untuk digunakan. Pengguna perlu untuk memilih mesej tertentu untuk membalas sama ada teks atau mesej media. Seterusnya, mereka perlu tekan lama mesej berikut lalu akan muncul pilihan untuk 'Balas' di bahagian atas.Untuk pengguna iOS pula terdapat pilihan yang sama di atas mesej.

Whatsapp

Langkah seterusnya adalah mudah. Hanya pilih 'Balas' dan WhatsApp akan menunjukkan pratonton dengan mesej yang dipilih, dan sebuah kotak kecil untuk membalas mesej tersebut. Semua pengguna perlu lakukan sekarang ialah menaip balasan dan tekan hantar.

Whatsapp

Mudah digunakan dalam perbualan kumpulan..

Sebaik sahaja anda menghantar balasan anda, ia akan muncul dalam perbualan dengan mesej asal dilampirkan di atas, bersama-sama dengan nama kod warna penghantar. WhatsApp akan membezakan setiap balasan dengan warna yang berbeza, yang benar-benar membuat ciri yang paling sesuai untuk perbualan kumpulan.

Whatsapp

Jika anda tidak dapat melihat paparan seperti di atas sila update versi terbaru dari App Store atau Google Play Store.


Terima kasih kerana membaca Fungsi Baru WhatsApp 'Quote & Reply'.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "Fungsi Baru WhatsApp 'Quote & Reply'"

Catat Ulasan