Lazada Malaysia

Disentuh Ketika Kecil..Gejala Pedophilia

Gambar dari 18karatreggae.com

Disentuh ketika kecil, pengalaman mangsa 'Pedophilia' di Malaysia.


Salam encik azmi.. 
Nama saya as on Facebook.Regarding case yang tengah encik bangkitkan, i would like to share my own experience with you. Im going to write in malay so everyone (terutama org kampung kita) can understand and i wish they "terhantuk and terjaga".Please hide my identity ye.


Bermula pada usia 2 tahun..


Masa umur saya 2 tahun bapa saya meninggal jadi mak saya kena kerja. Mak saya tinggalkan saya dengan nenek. Di sinilah mula sejarah hitam bila nenek saya selalu tinggalkan saya main dengan pakcik saya. Saya tak tau umur dia berapa. Dia akan ajak saya main dalam bilik upah keropok. Masa tu umur saya 3 atau 4 tahun. Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok. Saya ambik keropok dan lari sekuat hati keluar rumah pergi rumah kawan.

Bila malam, nenek suruh tidur dengan pakcik, saya tak mahu, saya menangis lepas tu nenek pukul. Saya tak kisah, saya tidur depan bilik tidur nenek saya, asalkan bukan dengan pakcik. Pakcik selalu suruh duduk atas peha tapi saya tak mahu. Semua orang cakap saya budak jahat. Diorang kata saya budak degil. Tak menurut cakap. Saya nak mengadu pun mesti diorang tak percaya jadi saya diamkan je.


Tetapi.. 


Cerita saya tak habis kat situ je.Saya cakap dengan mama, saya nak ikut kerja, tak mahu dah tinggal dengan nenek. Mungkin mama saya kesian, jadi setuju bawa saya sekali.

Masa tinggal dengan mama abang sulung selalu ada kat rumah sebab dia tak nak pergi sekolah, dia bergaul dengan budak budak dari indonesia pekerja ladang di kampung kami, mereka tengok video lucah dia pun tengok.

One day, saya terjaga sebab saya rasa ada orang tarik seluar saya, saya terus bangun lari keluar rumah. So dia gagal hari tu.Saya bagitau mama, mama tak percaya. Mama cakap saya buat cerita. Mama suruh saya tidur dengan abang sulung lagi. Sebab saya tidak mempunyai kakak kat rumah, kakak saya kat asrama. Saya tak mahu, saya menangis dan kena pukul lagi.Bulan demi bulan abang sulung cuba lagi buat benda yg sama. Saya menangis kuat-kuat sampai mama terjaga. Mama pukul lagi. Haih..


Kisahnya tidak berakhir disitu..


Akhirnya saya dah darjah 1 dan saya dapat duduk asrama. Rumah dengan sekolah jauh jadi sekolah sediakan asrama. Memang sangat gembira jauh dari semua lelaki jahat. Tapi.. di sekolah saya semua cikgu lelaki. Ada seorang cikgu tu dia memang gatal, nak minta cium la apa la. Pernah sekali dia nak raba pelajar perempuan. Emm.. sory to say la tapi budak kampung memang naif tak reti apa, budak tu biar je. Dia darjah 6 saya baru darjah 1 time tu. Saya geram saya lapor kat warden asrama. Tapi tak taulah ada tindakan ke takde.

Saya pindah sekolah, ikut mama ke kuala lumpur sebab dia kahwin baru. Alhamdulillah.. jauh dari diorang semua. Mama saya dah balik semula ke kampung tapi saya taknak ikut, mama saya tak kasi duduk sini tapi saya cakap saya tanak jumpa sesiapa kat kampung. Saya tak bagitau la pasal apa yang mereka buat sebab tau dah mama takan percaya.

Saya ambil keputusan kahwin even baru 18 tahun time tu sebab better kahwin ada orang lindungi saya daripada balik sana jumpa manusia manusia yang bersifat haiwan.
Mereka berani buat jahat sebab ibu bapa bukan percayapun kalau budak2 bagitahu. Dorang akan pukul kata budak jahat dan macam2.

Saya taklah benci mak dan nenek saya tapi sebab mereka tidak peka benda benda macam ni boleh jadi kat saya.
Patutnya adik beradik lelaki dan perempuan pisahkan bilik dan awasi pergaulan mereka. Begitu juga dengan pakcik semua tu. Tolonglah jangan percaya dorang jaga anak kita.


Rahsia dipendam lama..


Berpuluh tahun saya simpan rahsia ni sebab taknak malu, tapi benda ni makin serius dan ada yang tak percaya benda ni jadi. Mereka ingat rogol semua ni cuma orang luar je boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sampai lupa nak lindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah.. Allah lindungi saya. Saya tak jadi mangsa rogol sebab saya jenis degil, kalau orang buat saya menangis je, takpun saya jerit atau gigit lepas tu lari.Apa jadi kalau saya bukan jenis yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Gambar dari adweek.com

Saya nak share detail cerita tapi pahit sgt nak kenang. Bila teringat rasa meluap luap benci kat mereka.

Terima kasih encik azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat.

Please share this for our Malay readers as requested by the original writer. Please change your setting to public to increase the awareness.

(Sumber : FB Syed Azmi)


Terima kasih kerana membaca Disentuh Ketika Kecil..Gejala Pedophilia.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "Disentuh Ketika Kecil..Gejala Pedophilia"

Catat Ulasan