Lazada Malaysia

Imsak Dan Sahur?


Di bulan Ramadhan yang mulia marilah kita memahami serta mempelajari sedikit ilmu agar kita tidak terleka atau mengambil endah apa yang telah diajar.


•Apa itu IMSAK??
Imsak hanya dikenal di Asia Tenggara (khususnya Indonesia), kemungkinan yg membuat ajaran Imsak ini berniat baik agar kita ada waktu untuk bersiap diri melaksanakan solat dan mempersiapkan waktu terbitnya fajar.

Namun dia lupa bahawa Islam yg diajarkan Rasulullah Saw sudah sempurna sehingga tidak perlu ditambah atau dikurangi. Akibatnya pada hari ini, banyak umat menganggap batas akhir makan sahur adalah Imsak sehingga menghilangkan ajaran Rasulullah Saw yg sesungguhnya.

Dalil:
"Jika salah seorang dari kamu mendengar Azan sedangkan ia masih memegang piring (makanan), maka janganlah ia meletakkannya hingga ia menyelesaikan hajatnya (makannya).

[HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim, disahihkan oleh Adz Zahabi]
Ibnu Umar berkata, "Alqamah Bin Alatsah pernah bersama Rasulullah, kemudian datang bilal akan mengumandangkan azan, kemudian Rasulullah Saw Bersabda, "Tunggu sebentar wahai bilal..!, Alqamah sedang makan sahur".

[Hadist ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani]

"Dan makan dan minumlah kamu hingga terang bagimu benang putih dan benang hitam iaitu fajar". (QS Al Baqarah 2 : 187)

Jadi sahabatku,batas santap sahur adalah waktu fajar (saat azan subuh/fajar), bukan IMSAK.
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah". (QS Al Hasyr 59 : 7)

Mohon sebarkan pesan ini, agar tidak makin tersebar kesalahan dan kekeliruan di masyarakat, terutama keluarga kita dalam melaksanakan amalan di bulan Ramadhan.
بَارَكَ اللهُ فِيْكم

(Dipetik dari FB Abu Ubaid Al Helmi)


Terima kasih kerana membaca Imsak Dan Sahur?.

Langgan dengan email anda untuk mendapat maklumat terkini.

0 Response to "Imsak Dan Sahur?"

Catat Ulasan