Oneplus 3 akhirnya diumumkan setelah pelbagai spekulasi dan kebocoran sejak kebelakangan ini. Telefon pintar ini boleh mula dibeli dari Oneplus bermula hari ini yang mempunyai spesifikasi tinggi dengan harga yang jauh lebih rendah dari flagship yang lain.
Spesifikasi
Dengan menggunakan bahan utama besi ia juga digerakkan dengan Qualcomm Snapdragon 820 digabungkan dengan 6GB LPDDR4 RAM dan memori dalaman UFS 2.0 64GB. Dari segi paparan skrin pula ia didatangkan dengan paparan Optic Amoled 1920 x 1080 dengan kelebaran 5.5-inci. Selain itu, terdapat USB Type C dengan slot dual-sim dan juga pengimbas jari yang terletak di bahagian depan. Ia mampu menyah-kunci dalam masa 0.2 saat sahaja.Kuasa Bateri
Telefon pintar ini menggunakan 3000mAh kuasa bateri yang mampu mengecas dari 0% - 60% dalam masa 30 minit dengan ciri terbarunya 'Dash Charge'. Syarikat itu juga menyatakan bahawa 60% bateri dapat menampung penggunaan anda seharian. Fungsi NFC juga diterapkan di dalamnya yang banyak terdapat di dalam telefon pintar lain.Kamera
Manakala dari segi kamera, Oneplus 3 mempunyai 16MP kamera belakang dengan Auto HDR dan phase detection autofocus. Selain itu, kamera tersebut mempunyai penstabilan imej optik dan elektronik juga mampu merakam video beresolusi 4K. Kamera depan telefon ini pula hanya 8MP dengan EIS .Kali ini, syarikat tersebut tidak lagi menggunakan sistem jemputan untuk membeli Oneplus 3. Peminat setia Oneplus hanya perlu melayari laman sesawangnya untuk menempah model terbaru ini dengan harga 399 US Dollar.
Terima kasih kerana membaca Oneplus 3 : Snapdragon 820 Dan 6GB RAM.
0 Response to "Oneplus 3 : Snapdragon 820 Dan 6GB RAM"
Catat Ulasan